IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-01 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-02

IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-03 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-04 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-05 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-06 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-07 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-08 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-09 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-10 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-11 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-12 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-13 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-14 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-15 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-16 IKLAN WEB FINAS OGOS 2017-17

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh dimuat turun secara online beserta skim perkhidmatan dan syarat lantikan di laman web http://www.finas.my . Borang permohonan juga boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel:03-4104 1300) Borang salinan pendua boleh digunakan.

(b) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan
dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

(b) Tarikh tutup permohonan pada 20 SEPTEMBER 2017 (Rabu).

CATATAN AM

  • Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  • Segala perbelanjaan bagi menghadiri temu duga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sila klik Borang Permohonan PKFNM 1/96
IKLAN JAWATAN KOSONG 2017