#LensaFINAS
HULU KELANG, 9 Oktober 2025 – Sekitar Program Tribute: Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara sempena Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS di Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang.
Program ini dikendalikan oleh moderator En. Ahmad Fedtri Yahya memberi penghormatan kepada dua tokoh perfileman tanah air, Seniwati Puan Rominah Sedik dan Othman Hafsham atas jasa, dedikasi dan sumbangan besar mereka dalam mencorakkan industri filem Malaysia. Lebih 100 orang penggiat seni, pelajar dan warga industri hadir bagi meraikan acara ini yang turut menampilkan tayangan filem Mekanik serta sesi perkongsian inspirasi bersama tokoh-tokoh veteran.
Antara penggiat seni yang hadir menyerikan majlis YBhg. Datuk Yusof Haslam, pengarah dan penerbit filem; YBhg. Dato’ Afdlin Shauki, Presiden FDAM; En. Panchacharam Nalliah, Presiden GAFEMA; Adlin Aman Ramlie; En. Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Ahli Perbadanan FINAS; En. Khalil Salleh, Presiden Profima;
Turut hadir YM Raja Mohammad ‘Adhzim Raja Ahmad, Pengarah Kejuruteraan merangkap Pengarah FFM34; serta En. Muzri Abdullah, KPP Unit Pembangunan Bakat Kreatif merangkap Ketua Program.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#FFM34