Kuala Lumpur, 11 Mei-Sekitar Program Himpunan Artis Sayangkan Al-Quran 4.0 (HASA 4.0) yang telah turut dihadiri oleh YBrs En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bertempat di Istana Budaya. Bertemakan Ar Rahman Ku Seru Nama Mu, program bersempena bulan Ramadan ini telah menghimpunkan seramai 800 anak seni dari pelbagai bidang. HASA adalah program kerohanian anjuran Usrah Fitrah dan The SARJANA yang menjana pembangunan spiritual dan intelektual melalui konteks keindahan Al-Quran.