Kuala Lumpur, 28 Januari – Bertunjangkan elemen persahabatan, cinta dan kekeluargaan, filem Bella & Jamie terbitan Mermaid Studios Sdn Bhd yang diterajui Pelakon Wanita Terbaik FFM22, Liyana Jasmay dan Juliana Evans sebagai Bella dan Jamie ini mensasarkan golongan penonton dikalangan remaja berusia 13 hingga 24 tahun. Filem bergenre komedi drama ini meneroka konflik dan emosi yang melingkari persahabatan antara dua gadis iaitu Bella dan Jamie yang turut diuji dengan pelbagai cabaran dan situasi melibatkan keluarga dan kekasih.

Bakal ditayangkan pada 31 Januari, filem arahan Fairul Nizam Ablah dan Ghaz Abu Bakar ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Khir Rahman, Sharifah Nadia, Dynas Mokhtar dan Bell Ngasri.

Hadir sama dalam majlis tayangan perdana yang berlangsung di GSC Pavilion malam tadi ialah penerbit, pengarah, barisan tenaga produksi, para pelakon dan rakan-rakan media.