Sekitar majlis pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Allahyarham Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Behrang, Perak pada 16 Julai 2020. Allahyarham yang juga mantan Pengerusi FINAS telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai 2020. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS, YBhg. Dato’ Norman Abd Halim, Timbalan Pengerusi FINAS dan para pegawai FINAS.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas beliau dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.

Al-Fatihah