Kuala Lumpur, 8 Mac – Filem berkonsepkan ‘road trip’ dan mensasarkan golongan belia, Bikers Kental 2 mengisahkan tentang pasangan kekasih yang berhasrat untuk berkahwin tetapi ditentang oleh keluarga serta dikhianati sahabat baiknya sendiri yang bersubahat dengan penjahat.

Saksikan pelbagai adegan lucu, pergaduhan dan semangat setiakawan arahan Mohd Helmi Yusof dibintangi Zizan Razak, Bront Palarae, Afdlin Shauki, Awie, Amerul Affendi, Pont Cranium, Meau Julallangtip, Kaewkorravee dan ramai lagi bermula 14 Mac 2019.

Hadir sama memeriahkan majlis tayangan perdana yang berlangsung di Vanity Atrium, Sunway Velocity malam tadi adalah YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, para penggiat industri, barisan pelakon dan kru serta rakan-rakan media.