kanang

KANANG ANAK LANGKAU
Tokoh Pahlawan Iban Menentang Komunis

Apabila memperkatakan tentang sejarah tokoh-tokoh pahlawan negara yang menentang komunis, pastinya nama seorang individu iaituPegawai Waran 1, mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkauantara yang menjadi sebutan kerana  keberaniannya menentang musuh-musuh negara.

Dikenali sebagai seorang tokoh pahlawan berketurunan Iban, nama mendiang turut tercatat dalam sejarah negara sebagai seorang insan yang begitu berani berhadapan dengan musuh demi menjaga kedaulatan negara.

Lantaran itu, syarikat produksi Tangan Seni Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang memaparkan kisah tentang perjuangan Kanang sepanjang menyertai angkatan tentera.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara (termasuk Brunei) pada 16 MAC 2017, filem berkenaan diarahkan oleh Bade Hj. Azmi dan diterbikan oleh Zainal Fikri Mohd. Dali menerusi syarikatnya, Tangan Seni Sdn. Bhd.

Filem ini berkisar tentang Kanang merupakan seorang Iban, satu bangsa pahlawan etnik yang tinggal di kawasan ulu pendalaman Sarawak, di Pulau Borneo. Sepertimana kepercayaan kaum Iban yang anak-anak mereka dibesarkan menjadi pahlawan, Kanang diajar oleh datuknya tentang selok-belok hutan. Kanang menjadi pemburu dan penjejak hutan yang hebat, sehingga boleh membaca angin, mendengar nafas harimau dan singa, dan mendengar degupan jantung pokok.

Tahun 1965 adalah kemuncak pemberontakan Komunis di Malaysia; dan Sarawak juga terdedah kepada ancaman kekejaman Komunis. Tentera British telah mengetahui tentang kepakaran dan kehebatan Kanang mengenai hutan dan cuba menarik minat beliau untuk berkhidmat dan membantu menentang militan Komunis.

Kerjaya Kanang dalam tentera bermula apabila beliau menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker, sehinggalah dia menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia.  Kanang bersama platunnya banyak berjuang menghapuskan militan komunis yang semakin mengganas di seluruh negara dari tahun 1948 sehingga 1983.

Pertempuran sengit antara pengganas komunis dan pasukan keselamatan berlarutan hingga ke Hutan Korbu dan Tanah Hitam di Perak. Semasa pertempuran di Tanah Hitam, Kanang telah ditembak sehingga beliau cedera parah, namun beliau terus gagah berjuang sehingga berjaya menumpaskan pengganas Komunis.

Sesuatu yang menarik tentang filem ini apabila watak Kanang telah dilakonkan oleh anak mendiang sendiri iaitu Langgi Anak Kanang selaku teraju utama serta beberapa pelakon popular lain seperti Adi Putra, Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing, Ruzana Ibrahim dan ramai lagi.

Mula menjalani penggambaran pada bulan Februari 2014, antara lokasi yang menjadi pilihan untuk penggambaran ini antaranya seperti Taiping dan Ipoh di Perak serta Sri Aman dan Santubong, Sarawak selama 55 hari tempoh penggambaran.

Facebook:

https://www.facebook.com/kanangthemovie/?fref=ts

YouTube Trailer

https://www.youtube.com/watch?v=BCTTKw1Xizw

MAIN CAST & SUPPORTING NAME LIST  

KELUARGA KANANG ANAK LANGKAU
KananganakLangkau Langgianak Datuk Kanang
KananganakLangkau (Muda) Ranger MampianakLimbi
Helen LataianakIni Livonia Guing
Helen LataianakIni (Muda) Cleopatra BibiLimahanakMinggu
AnakPerempuanKanang Barbra EsterinaBeja
PLATUN
Lt Muda Johnson anakMeling Lt HotinanakLukong
Lt MudaMohanaKumaran A/L Ragupatty Shanningavelu A/L Vellayah
SarjanRamli bin Othman SaifulAkmar Salim
Korperal Omar bin Awang Tengah Adi Putra
KorperalMohd Nasir bin MohdNordin AidilAziz
Korperal Michael RimananakBugat Zach X-Factor
LansKorperal Wan Shapuddin bin Abu Kassim Johan As’ari
LansKorperalAbangSalleh bin AbangMorshidi RosleyRusdi
LansKorperalRajagopal A/L Subramaniam Ramachandran A/L Sundaram
Ranger Mustafa Kamal bin Majid Adam Shahz
Ranger Kotap bin Buang Kamal Kamarudin
Ranger Muniandy A/L Govindaraju SanpaganSannasi
Ranger Ali bin Amit Ali AramiAdzahar
Ranger Zakaria bin Akop Muhammad Faiz
Ranger Baharuddin bin Yahya SofianBujang
Ranger Abdullah bin Chik Jay Iswazir
Ranger Mohammad bin Tisman (Semboyan) TaufiqHanafi
Ranger Azman (Semboyan) BonycaanakChadat
Ranger Abdullah bin Harun Rahimizan bin Abdul Rahim
Ranger Rosli bin Md Isa Ahmad Rizal bin MohdFazil
Ranger Kanagasan Selvakumar A/L Monogran
PARTI KOMUNIS MALAYA
Nam Yat Jimmy Leong Siew Chai
Chin Hua Jerica Lai SiauFwei
Senah Ruzana Ibrahim
Samy Joseph Abraham
TENTERA BRITISH
Captain Mike Ayota IgnasVersinkas
Commanding Officer Ted Moxham
British Officer Malcolm
Fighter HarisHadra
Commando Philippe Michel Vigneron
Radioman Geoff Andre Feyaerts
Helicopter Pilot Robert Christopher Armstrong
Helicopter Co-Pilot Stefan Andreas Kunath
Helicopter Engineer Tom HermansonSnickars
Colonel C. A. Loone Don Punea
Josephine Ummi ‘Aisyah Salim

PRODUCTION NAME LIST

PRODUKSI
PenerbitEksekutif&Penerbit ZainalFikriMohd Dali
Line Produser SuriaZainalTaib
Mejar (B) AbdRaisEsa
PengarahFilem Badaruddin Haji Azmi
PenulisSkripAsal AsmiraSuhadis
OlahanSkrip&Lakonlayar Badaruddin Haji Azmi
PenolongPengarah I Dol Bin Baser
PenolongPengarah II Kelvin Tea QweFuh
PengurusProduksi Zaidi bin Mat Zin
PenolongPengurusProduksi Peter Khong Soon Um @ Nate
Ahmad Sufian bin Ismail
Rashid bin Ramli
SitiZuraidahbintiJamri
Nor Aida binti Abdul Gafar @ Gafoor

COMPANY BACKGROUND

Zainal Fikri Mohd. Dali merupakan pengasas dan pengerusi syarikat Tangan Seni Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 2008. Beliau sudah mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri hiburan termasuk penganjuran acara di Malaysia dan Brunei Darussalam.

Mula terlibat produksi drama televisyen sekitar tahun 1990-an dengan bekerja di HVD Production dan Nizarman Sdn. Bhd. Antara projek-projek program televisyen yang beliau terlibat adalah seperti drama bersiri Kembara Bermusim (30 episod), Penghujung Jalan (18 episod), Cinta Kunang-Kunang (15 episod).

Mempunyai kelulusan dalam Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Zainal akhirnya mengambil keputusan untuk menerbitkan filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang juga merupakan filem sulung terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd.