PUTRAJAYA, 18 Mac – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abd. Razak hari ini telah melancarkan program Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya. Program ini adalah salah satu inisiatif kerajaan menyemarakkan semangat mencintai negara dan tanahair di kalangan seluruh rakyat Malaysia melalui manifestasi program-program di segenap lapisan. Turut hadir ialah YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan menteri kabinet termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

#ekspresinegaraku
#negaraku