Hulu Klang, 7 Jun – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Kelab Sukan dan Sosial FINAS (KSSF) telah menganjurkan Program Jom Satu Jam Bersama Al Quran sempena sambutan World Quran Hour yang diadakan serentak di seluruh dunia pada 22 Ramadhan 1439H jam 11.00 pagi waktu Malaysia hari ini di Studio Sound Stage, FINAS.

WORLD #QuranHour merupakan salah satu program yang berjaya mempromosikan budaya membaca Al-Quran di kalangan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara.

Turut hadir memeriahkan program ini adalah YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, YBrs. Tuan Haji Zulkifli Abd Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal, En. Abd Halim Anen, Presiden KSSF, ahli jawatankuasa KSSF dan warga FINAS.