Sekalung tahniah buat tiga filem cereka tempatan, ‘Dukun’ arahan Dain Said, ‘Fly By Night’ arahan Zahir Omar dan ‘Motif’ arahan Nadiah Hamzah yang masing-masing telah terpilih mewakili Malaysia sebagai ‘Official Selection’ di 7th Barcelona Asian Film Festival yang berlangsung dari 30 Oktober-10 November 2019 di Barcelona, Sepanyol bersama-sama 131 karya dari 25 negara di seluruh dunia.