FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada projek filem cereka sulung, ‘Tiger Stripes’ karya pembikin muda wanita negara, Amanda Nell Eu yang telah terpilih bersama 13 projek dari seluruh dunia yang lain untuk menerima dana produksi daripada Berlinale World Cinema Fund (WCF) bersempena penganjuran festival filem antarabangsa berprestij iaitu Festival Filem Antarabangsa Berlin di Jerman. Mencipta nama di peringkat antarabangsa menerusi filem pendek “Lagi Senang Jaga Sekandang Lembu” yang turut menembusi 74th Venice International Film Festival di Itali, projek filem cereka Amanda iaitu ‘Tiger Stripes’ ini juga turut berjaya meraih pengiktirafan Sitges Pitchbox Award di Network of Asian Fantastic Films (NAFF), Korea, Talents Tokyo Award 2018 dan The Hubert Bals Fund of the International Film Festival Rotterdam (IFFR).

FINAS MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA PROJEK FILEM CEREKA SULUNG ‘TIGER STRIPES’