Kuala Lumpur, 18 Ogos – Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama strategik agensi dan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama, KL.fm, serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menganjurkan Majlis Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Rampai Business Park.

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 yang diketuai oleh En. Mohamad Fatkhul Hatta Robiki ini telah disambut oleh wakil Ahli Parlimen Setiawangsa, En. Harmony Ghani bersama Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Devaraj Subramaniam dan ketua-ketua jabatan. Seramai 135 peserta konvoi telah menjelajah ke seluruh negeri menggunakan 20 pacuan empat roda termasuk motorsikal berkuasa tinggi.

Pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan buskers dan nyanyian oleh adik Alyssa Dezek turut diadakan bagi memeriahkan sambutan ini. Konvoi kembara merdeka akan berakhir pada 31 Ogos nanti di Dataran Putrajaya.