Petaling Jaya, 25 September – Tayangan perdana filem ‘Hero : Jangan Bikin Panas’ telah diadakan di pawagam MM Cineplex, Damansara malam semalam. Filem terbitan NS Star Sdn Bhd ini membariskan pelakon-pelakon seperti Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam, Elisya Sandha, Tash Yong, Datuk Jalaluddin Hassan, Shaharudin Thambi dan Riz Amin ini bakal menemui penonton bermula 3 Oktober 2019 di pawagam seluruh negara. Turut hadir pada tayangan perdana filem bergenre drama aksi ini ialah pengarah filem, Azizi Haji Adnan, penerbit filem, Nasreen Haji Ngasri (Darling), barisan pelakon dan tenaga produksi, karyawan industri dan rakan-rakan media.