Anda berpeluang menonton secara percuma filem-filem terbaik dari negara Iran seperti Under The Smoky Roof, Sweet Taste of Imagination, The Queen, Ceasefire 2, Where are My Shoes dan Crazy Castle bersempena Festival Filem Iran Malaysia 2018 dari 7-18 Mac 2018. Dianjurkan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), GSC, Farabi Film Foundation dan Hoze Honari Organization, tayangan percuma FFI di Golden Screen Cinema (GSC) membabitkan tiga bandar raya bermula di Kuala Lumpur pada 7 hingga 11 Mac (Pavilion dan Mid Valley), Gurney Plaza Pulau Pinang (12 – 14 Mac) dan Paradigm Mall Johor Bahru (15-17 Mac).

Sementara itu, karyawan industri turut berpeluang menyertai Master Class pada 7 dan 14 Mac depan di ASWARA bersama dua pengarah terkenal Abolhassan Davoodi & Pouran Derakhshandeh selain aktres Merila Zarei Barzi & Azita Hajian. Borang pendaftaran bagi menyertai Masterclass ini boleh dilayari di link berikut:

Masterclass

#IranianFilmFestival