Sekalung tahniah buat filem cereka tempatan iaitu ‘Two Sisters’ arahan James Lee yang yang telah dinamakan sebagai salah sebuah daripada 15 buah filem terbaik bergenre seram di rantau Asia untuk tahun 2019 oleh laman online perfileman global, Asian Movie Pulse. Sepanjang tahun 2019 ini, filem terbitan Kuman Pictures lakonan Emily Lim dan Lim Mei Fen ini telah berjaya menembusi platform festival filem antarabangsa mewakili Malaysia sebagai ‘Official Selection’ di 28th Golden Rooster and Hundred Flowers Film Festival (China), Udine Far East International Film Festival (Itali) dan /slash Film Festival di Vienna (Austria). Selain itu, ia juga telah mencipta kejayaan meraih anugerah Skor Muzik Terbaik untuk Nick Davis di Festival Filem Malaysia ke 30 selain tercalon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik buat Emily Lim dan juga Poster Terbaik (Foong Teck Hee).

SEKALUNG TAHNIAH BUAT FILEM CEREKA TEMPATAN, ‘TWO SISTERS’