Petaling Jaya, 18 Mac – FINAS telah berpeluang menerima kunjungan dari Arkib Negeri Sabah di perkarangan FINAS Petaling Jaya hari. Melalui platform pembangunan komuniti industri filem, program seumpama ini memberi peluang kepada deligasi membina jaringan dua hala bersama FINAS sebagai badan peneraju kemajuan industri filem Malaysia.

Selain lawatan berpandu ke pameran khazanah, teknologi dan inovasi perfileman termasuk pendigitalan dan restorasi kandungan, para pelawat juga telah menjana pengetahuan melalui program Eksplorasi Sinema mengenai perspektif sejarah pembangunan industri filem selain Lensa FINAS yang merupakan program perkongsian ilmu mengenai aspirasi, fungsi dan strategi FINAS di dalam pemerkasaan industri.

Hadir di sesi lawatan kerja hari ini adalah YBrs. Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Encik Khairul Azhar (Nik) Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, YBrs. Puan Majella Tan, Pengarah Arkib Sabah, Puan Jasmine Teo, Ketua Pengurusan Kewangan Sabah, Puan Syiron Tonggulau, Ketua Penolong Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, dan Encik Razali Dait, Pegawai Perhubungan Korporat Arkib Sabah.