FB_IMG_1628503862059
#LensaNegaraku

1. Pada 31 Ogos 1970, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin telah berkenan mengisytiharkan Rukun Negara pada upacara Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-13.
2. Rukun Negara dirangka hasil rundingan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), mengandungi lima prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara kaum, bertujuan mencapai kemajuan bangsa.
3. Lima prinsip tersebut ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang- Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
4. Ia diperkenalkan sebagai pengikat dan pembina perasaan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.
5. Berikutan itu juga, segala aktiviti dan acara sambutan kemerdekaan negara pada tahun 1970 diisi dengan persembahan yang berteraskan Rukun Negara.
6. Sesungguhnya Rukun Negara merupakan falsafah dan ideologi negara hasil sumbangan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

#MalaysiaPrihatin
#HKHM2021
#DemiNegara
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua