#LensaFINAS

Hulu Kelang, 21 Februari 2023 – Satu sesi Perhimpunan FINAS Bil. 1/2023 telah diadakan pada hari ini di Pawagam Mini P. Ramlee di FINAS Hulu Kelang.
Walaupun YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS masih bercuti sakit , beliau tetap turun hadir bagi menyertai Sesi Perhimpunan FINAS ini bagi menyampaikan amanat dan beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan FINAS.

Beliau telah menekankan akan kepentingan semangat ‘Sayang FINAS’ di kalangan penjawat dan turut menekankan kepentingan bersatu padu dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam dan mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif dan proaktif dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat awam berjaya dilaksanakan dengan baik.
Turut hadir pegawai-pegawai serta penjawat FINAS.

#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita

th1