Kota Kinabalu, 15 September-Sekitar malam anugerah 10th Kota Kinabalu International Film Festival (KKIFF) yang turut disokong FINAS dengan kehadiran tetamu kehormat, YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS di Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah. Berlangsung untuk edisi tahunan ke 10 dari 7-15 September, festival yang mengangkat sinema lokal dan antarabangsa dengan komponen utama merangkumi Pesta10 Filmmakers’ Competition, Cinebalu, Sabah Filmmaking Course dan Sabah Pitching Training & Awards ini telah menayangkan 27 buah filem dari 16 buah negara selain 400 penyertaan untuk kategori pertandingan.