#LensaFINAS
KOTA KINABALU, 27 Mei 2023 – YB. Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun, Menteri Kewangan Negeri Sabah hadir ke Majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2023 yang diadakan di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah.
Bagi menjayakan program yang bermula pada 26 Mei 2023 sehingga 27 Mei 2023, FINAS sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) turut terlibat dalam pameran yang telah diadakan seperti mengadakan jualan buku-buku terbitan FINAS oleh Unit Kreatif FINAS Cawangan Sabah serta membuat hebahan kepada orang awam berkenaan dengan Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Kreatif (SPPIK) oleh Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS Sabah.
Turut hadir En. Anuar Bin Zainon, Ketua Cawangan Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS Sabah, ketua-ketua agensi dibawah KKD, rakan-rakan media, tetamu jemputan serta orang awam.
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMadani
sabah