Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) anjuran FDAM di Dataran Karyawan FINAS. Majlis yang diserikan dengan acara bicara santai dan jamuan berbuka ini memberi peluang kepada ahli-ahli FDAM bersama FINAS dalam mengeratkan hubungan silaturrahim di bulan Ramadhan ini. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, Encik Othman Hafsham, Presiden FDAM, Presiden-presiden persatuan perfileman, ahli-ahli persatuan perfileman dan penggiat-penggiat seni.