Sekitar Majlis Jalinan Kasih Lebaran Seniman 2018 anjuran Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah diadakan di Dataran Karyawan, FINAS Hulu Kelang.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini memberi peluang kepada penggiat seni tanah air untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturahim. Pengisian majlis termasuk pemberian cenderamata kepada para artis veteran, pertandingan dan cabutan hari raya, nyanyian dan hiburan lebaran.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Adun Sri Serdang Exco Kesihatan, Kebajikan dan Wanita Negeri Selangor, En. Rozaidi Abd Jamil, Presiden SENIMAN, Encik Halim Ishak, Presiden Malaysian Community Care Foundation (MCCF), para penggiat seni, rakan-rakan artis dan pihak media.