Hulu Kelang, 15 Ogos- Majlis Perhimpunan FINAS Bil 3/2018 telah diadakan hari ini yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Kelang. Di dalam ucapannya, beliau telah menggariskan fungsi, strategi dan halatuju baharu bagi pemerkasaan FINAS selain kepentingan pembangunan sahsiah merangkumi disiplin, amanah dan integriti sebagai para penjawat FINAS di dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

Di dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke 61, warga FINAS juga telah menyahut kempen mengibar Jalur Gemilang diiringi nyanyian lagu tema rasmi Hari Kebangsaan ke-61 tahun 2018 bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ yang diterbitkan video klipnya oleh Bahagian Kreatif & Teknikal FINAS. Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, pihak pengurusan tertinggi serta para penjawat dan anggota FINAS.