#LensaFFM
#LensaIndustri

MASTERCLASS ‘THE ART OF FILMMAKING & THE IMPORTANCE OF RECOGNITION IN THE CREATIVE INDUSTRY’ JANA POTENSI KESAN KHAS VISUAL DAN LANSKAP EKOSISTEM GLOBAL
Kuala Lumpur, 27 Mac – Persatuan Pos-Produksi dan Animasi Malaysia (POSTAM) dengan sokongan FINAS telah mengadakan program sisipan, ‘Masterclass The Art of Filmmaking & The Importance of Recognition in The Creative Industry’ pada 26 dan 27 Mac 2019 bertempat di MaTIC, Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, beliau di dalam ucapannya telah menggariskan aspirasi FINAS melalui peranan strategik persatuan di dalam pemerkasaan potensi dan halatuju karyawan VFX yang menyumbang kepada pembangunan kandungan dan modal insan berkualiti.

Bersempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke 30, program pembangunan modal insan dan jaringan ilmu ini memberi fokus berkaitan teknik penjanaan VFX di dalam filem melalui perkongsian produser eksekutif Matrix Trilogy Andrew Mason. Selain daripada aspek pelaburan dalam negara (inward investment) melalui perkongsian En. Zokifli Abu Bakar, Pengarah Galakan Penggambaran (Film in Malaysia Incentive), khalayak turut berpeluang menjana informasi berkaitan lanskap polisi, pemasaran dan pembiayaan global daripada Chris Billing, Australia (Founder & CEO of Tasmania Creative Quarters Creative Hubs and Foundry), Sreyashi Sen, Singapura (Founder & Managing Director Darpan Global) dan Richard Ponnampalan, Singapura (General Counsel and Partner, Aurora Media).

Turut hadir adalah En. Yoki Chin, Presiden POSTAM, Puan Rozitawaty Ridzuan, Pengerusi Jawatankuasa Sinergi Industri FFM30, para penggiat industri, pelajar perfileman dan tetamu jemputan.

#FFM30
#InspirasiSinemaku

55448472_1921411651304262_9001069387221827584_n

55448490_1921411881304239_8673054355345113088_n

55560574_1921411777970916_3912499217045651456_n

55587680_1921411934637567_2687148818478137344_n

55611071_1921411631304264_8782518447356510208_n

55826189_1921411687970925_1974605888576552960_n

56191321_1921412024637558_9158970569914318848_n