3

1
2


3

Kuala Lumpur, 26 Oktober – Ketua Pengarah FINAS, YBhg Dato’ Kamil Othman telah menggariskan kepentingan pelan pembangunan modal insane bagi generasi muda khususnya pelajar sekolah di dalam mengerakkan transformasi industry kreatif Negara dan seterusnya memacu kemajuan ekonomi industri.

Beliau yang ditemui sebagai tetamu kehormat ketika merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah kepada Pemenang Pertandingan Video Dokumentari Soft Skills Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2016 di Cinematheque @ FINAS, Content Malaysia Pitching Centre juga memuji inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan generasi pelajar yang memanifestasikan tiga belas (13) kemahiran soft skills sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui medium filem.

Perkembangan progresif ini juga menjana kepada usaha FINAS menjadikan industry sebagai penjana ekonomi termasuklah aspek-aspek berkaitan seperti harta intelek, kualiti kandungan, penceritaan, pemasaran, infrastruktur dan lain-lain lagi.

Ujarnya lagi, “FINAS berperanan membina lebih banyak kerjasama dua hala bersama badan-badan kerajaan, insititusi pengajian tinggi, NGO, persatuan dan pihak komuniti secara lebih menyeluruh termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi terus meneroka potensi pelajar melalui kemahiran asas penerbitan filem pendek dan dokumentari kerana mereka adalah pelapis kepada industry kreatif ini yang mempunyai masa depan yang cerah melalui pelan pembangunan yang dirancang seperti contoh program Jom Buat Filem Pendek untuk pelajar sekolah menengah selain program Kelab Pencinta Filem FINAS yang diiktiraf Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai merit aktiviti kokurikulum”.

Kamil yang ditemani Tn Hj Shabudin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia dan En.Dzulkarnain Abdullah, Timbalan Dekan ASWARA telah menyampaikan hadiah kepada pemenang video bagi 11 kategori yang dibikin oleh para pelajar sekolah rendah dan menengah mewakili Sekolah-Sekolah Berprestasi Tinggi yang mengambil bahagian.

SENARAI PENUH PEMENANG

PERTANDINGAN VIDEO DOKUMENTARI SOFT SKILLS SBT 2016

VIDEO TERBAIK
SJKC Kuen Cheng 2 (SekolahRendah)
S.M Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)

TEMPAT KEDUA
SK Setiawangsa (SekolahRendah)
SMKA Naim Lil Banat (Sek. Menengah)

TEMPAT KETIGA
SJKC Ave Maria Convent (Sek.Rendah)
SMK (P) ST George (Sek. Menengah)

TEMPAT KEEMPAT
SK Bandar Penawar 2 (Sek.Rendah)
Sek. Dato’ AbdRazak (Sek.Menengah)

TEMPAT KELIMA
SK Convent Green Lane (Sek. Rendah)
SBP IntegrasiJempol (Sek. Menengah)

THE MAKING OF TERBAIK
SK Setiawangsa (Sek.Rendah)
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)

PENERAPAN SOFT SKILLS TERBAIK
SJKC Ave Maria Convent (Sek. Rendah)
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)

ANUGERAH KHAS JURI
SK Bandar Penawar 2 (Sek.Rendah)
SMK (P) St George (Sek. Menengah)

PENGACARA TERBAIK
(1) Muhammad Hazwan b. NajibRashdan
(2) Syed Muhammad Kadzim Al Atas bin Syed Sheikh Al Atas

SK Setiawangsa (Sek. Rendah)
(1) Nurin Nabeeha bt Ramlan
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)

PENULIS SKRIP TERBAIK
Tuan AisyahBalqis Tuan Adnan
SJKC Kuen Cheng 2 (Sek.Rendah)
Aisyah Mahyin
Wan AiniNasuha Wan Rosdi
NurFathiah Mohammad Saupi
Nurul Ainaa Syuhada Yaacob
SMKA Naim Lil Banat (Sek. Menengah)

GURU PEMBIMBING TERBAIK
Pn Foong Wai Yoke
SJKC Ave Maria Convent (Sek. Rendah)
Fauziahbinti Mohamed Said
SM Sultan Abdul Halim (Sek.Menengah)

Tahniah buat semua pemenang.