Tarikh: 14-18 Oktober 2019
Tempat: Cannes, Perancis
Masa: 9.00 pagi-6.00 petang

Objektif Penyertaan: Pemasaran dan jaringan urusniaga produksi Malaysia di Pavilion Malaysia, eksport global, perhubungan antarabangsa melalui kerjasama strategik, mempromosikan pelaburan dalam negara melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI)

Jumlah Syarikat Produksi Malaysia: 21

Delegasi: YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Ketua Delegasi); YBhg. Dato’ Suriani Dato Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM; YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS; YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS; En. Mohd Zokifli Mohamad Abu Bakar, Pengarah Galakan Penggambaran FINAS; Pn. Norashikin Ahmad Nor, Ketua Penolong Pengarah Galakan Penggambaran FINAS; Pn. Azrina Zainal Abidin, Pegawai Eksekutif Kanan Kerjasama Strategik FINAS.