Kuching, 27 April- Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30), ‘One Two Jaga’ arahan Nam Ron terus diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila cemerlang merangkul anugerah Pengarah Terbaik buat Nam Ron dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi lakonan berkesan, Amerul Affendi di festival filem berprestij dwitahunan, ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) 2019 yang berlangsung malam tadi di Hotel Pullman Kuching, Sarawak. Menembusi tiga lagi pencalonan akhir bagi kategori Filem Terbaik, Lakonlayar Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik, untuk kategori Filem Terbaik #AIFFA2019, filem Signal Rock dari Filipina telah berjaya merangkul anugerah ‘One Two Jaga’ mengenepikan saingan hebat Ave Maryam/Indonesia, Mi/ Myanmar, Like An Old House/Vietnam dan One Two Jaga sendiri. Mempertandingkan lebih 100 filem dari 10 negara ASEAN yang bersaing dalam sembilan kategori AIFFA 2019 di samping anugerah-anugerah khas juri, barisan pemenang dan penerima adalah seperti berikut;

1. Anugerah Khas Juri: Hari Minggu Yang Ke 4-Brunei
2. Penyunting Terbaik: Wawan I. Wibowo/ Ave Maryam – Indonesia
3. Sinematografi Terbaik: Na Gyi/Mi – Myanmar
4. Lakonlayar Terbaik:Leon Le, Nguyen Thi Minh Ngoc/Song Lang-Vietnam
5. Anugerah Khas Juri: Bad Genius-Thailand
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Barbara Miguel/1-2-3 (Gasping for Air) -Filipina
7. Pelakon Wanita Terbaik: Raihaanun/27 Steps of May – Indonesia
8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Amerul Affendi/ Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
9. Pelakon Lelaki Terbaik: Kristoffer King/Kristo – Philippines
10. Pengarah Terbaik: Nam Ron/ Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
11. Filem Terbaik: Signal Rock -Filipina
12. Anugerah Khas Semangat ASEAN: Rina 2-Brunei & Laos
13. Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Slamet Rahardjo-Indonesia
14. Anugerah Khas Inspirasi: Steven Seagal