Sukarelawan FINAS sertai Ops Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) KKMM di Kawasan Angkat, Bukit Changgang, Dengkil Selangor

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengadakan Ops BAHIS (Bantu Hingga Selesai) hari ini, 30 Disember 2021. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Prof Dr. Md Nasir Ibrahim juga hadir bersama dalam Ops BAHIS yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek di Bukit Changgang, Dengkil Selangor.

Seramai 500 orang sukarelawan dari KKMM, FINAS dan agensi lain di bawah KKMM terlibat menghulurkan bantuan mencuci rumah di kawasan terjejas.

Filem Kita, Citra Kita

#finasMalaysia
#filemkitacitrakita