Kuala Lumpur, 8 Mei-Di dalam aspirasi dan strategi pemerkasaan kesejahteraan penggiat industri melalui jaringan sinergi dua hala, Pengerusi FINAS, YBhg. Dato’ Hans Isaac hari ini telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias. Sesi interaktif ini telah menjana input, maklumat, sistem dan kerangka berkaitan di dalam usaha FINAS memperkasakan aspek perlindungan pekerjaan dan keselamatan sosial para penggiat industri khasnya dari konteks polisi, perundangan, pengurusan sumber manusia dan kewangan. Selain itu, kedua-dua belah pihak juga telah meneroka potensi kerjasama strategik melalui fungsi berkaitan yang mampu memacu pembangunan industri dan profesion penggiat.