Kuala Lumpur, 16 Mac – Pesta Filem KITA anjuran Projek Dialog muncul buat tahun kedua penganjurannya dengan tema “Anak Muda dan Malaysia Baru”. Pesta Filem KITA kali ini adalah tentang anak muda dan pembikin filem, dan bagaimana golongan ini mampu untuk mengekspresikan impian dan harapan baru serta mengangkat isu-isu yang sedia ada.

Acara yang berlangsung selama sehari di Ruang by Think City, Kuala Lumpur ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan pengisian program seperti sesi tayangan video dan filem pendek dari peserta, Bengkel Dokumentari oleh Dr. Khairul Fazi Haji Saari, Bengkel New Media oleh Joshua Michael dan acara kemuncak iaitu penyampaian Anugerah Pesta Filem KITA. Sebanyak 7 pembikin filem yang disenarai pendek turut diberikan geran sebanyak RM7 ribu kepada pembikin filem di Semenanjung Malaysia manakala RM9 ribu untuk pembikin filem di Sabah, Sarawak dan Labuan. Acara kali ini telah mendapat sokongan Pembangunan Antarabangsa, Agensi Amerika Syarikat (USAID), Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan Malaysian for Malaysia.

Pesta Filem KITA 2019 telah dirasmikan oleh YB Encik Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Hadir sama adalah Encik Muzzamer Rahman, Pengarah dan Kurator Pesta Filem KITA, Cik Victoria Cheng, Pengarah Pesta Filem KITA, Cik Yana Rizal, Wakil Malaysians for Malaysia, Penggiat Industri, khalayak filem dan rakan-rakan media.

#PestaFilemKITA2019

Senarai Pemenang Anugerah Filem Pendek Pesta Filem KITA:
Pengarah Terbaik : Putri Purnama Surgua (House Without Ground)
Lakon Layar Terbaik: Putri Purnama Surgua (House Without Ground)
Sinematografi Terbaik: Muhammad Rais Aqil (Khilaf)
Editor Terbaik : Muhammad Rais Aqil (Khilaf)
Filem Pendek Pilihan Penonton : 160 Juta (Ashrafiqal Aleef)

Senarai Pemenang Pertandingan Video Pendek Malaysians 4 Malaysia:
Juara : Memoir (Adam Taufiq Suharto)
Kedua : Butang Hukum (Syazwan Rosli)
Ketiga : Garisan penamat (Izaq Yuzaini)
Saguhati :
1) Above All Liberties (Tengku Alauddin)
2) Cultural Change : Beyond The Ballot Box (Teoh Sing Fei)
3) Wanderlust (Syarul Akmal)
4) Cengkerik Malam (Hakim Hasnan)
5) Buku (Khairi Hizami)
6) Our Hope And Dream For A New Malaysia (Bea Jia Hui)
Video Pendek Pilihan Penonton : Butang Hukum (Syazwan Rosli)