Kuala Lumpur, 7 Oktober – Majlis Pra Pelancaran dan Sidang Media Filem ‘Hasmah – Bila Deh bertemu Det’ di MaTic, Kuala Lumpur hari ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Turut hadir YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, penerbit, Hafiz Roslan dan barisan pelakon utama iaitu Nad Zainal dan Hasnul Rahmat. Filem biopik terbitan Tune Production yang sedang dalam fasa pra-produksi ini dijadualkan menemui penonton tahun hadapan di mana ia bakal memaparkan sisi romantis dan perjalanan hidup Tun Dr Siti Hasmah sebagai pendukung utama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mendepani cabaran pahit dan manis sebagai pemimpin negara.