Sekitar Program Malam Promosi Telefilem bertajuk ‘Abah’ hasil Program ‘Buy The Future!’ anjuran FINAS dan Ikatan Seni Komuniti FELDA (ISKAF) malam ini di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM Puncak Alam.

Telefilem Abah mengisahkan seorang anak yang dilakonkan oleh Sara Ali yang berusaha mencari Abahnya yang hilang setelah mengembara untuk mencapai cita-citanya, yang tinggal di kawasan felda.Pelbagai cara telah telah dilakukan dengan membuka sebuah perniagaan dengan harapan Abahnya dapat mengenalinya. Di samping itu juga, pelbagai dugaan yang ditempuh oleh keluarga tersebut untuk menempuhi hidup setelah kehilangan Abah. Telefilem ini juga turut dibintangi Sara Ali, Sherie Merlis, Azhar Zainal dan ramai lagi.

Program Promosi Telefilem ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Professor Dr. A. Razak Mohaideen, Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Hadir sama pada program ini ialah Encik Jalil Hamid Presiden ISKAF, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar (Que Haidar), Penasihat ISKAF, Cik Nur Adilah Muhammad Arif, Penolong Pengarah Unit Latihan FINAS, Pensyarah-Pensyarah Fakulti Filem, Teater dan Animasi FiTA dan pelajar-pelajar perfileman.