Seluruh warga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YBrs. Puan Hajah Subaidah Md.Top, Timbalan Ketua Produksi & Teknikal FINAS yang bersara wajib pada 6 Februari 2020 setelah menyumbang jasa melalui perkhidmatan yang cemerlang selama lebih 39 tahun di dalam kerajaan di Filem Negara Malaysia dan FINAS. Semoga Allah SWT terus merahmati insan yang dihormati ini dengan rezeki dan kesihatan yang baik. Majlis yang turut meraikan mantan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Tn. Hj. Abd. Khalid Maulod yang bersara wajib pada 26 Oktober 2019 yang lalu ini turut dihadiri YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM yang juga Ahli Perbadanan FINAS, YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS, En.Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif, Ahli-Ahli Perbadanan dan para penjawat FINAS.