#LensaFINAS

Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan jaringan sinergi dua hala, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan dari Bernama News Channel (BERNAMA) yang diwakili oleh Encik Letfee Ahmad, Pengurus Hal Ehwal Semasa dan Encik Hakimi Mohd Zain, Pengarah Operasi BERNAMA semalam. Selain percambahan idea dan input secara langsung berkaitan pemerkasaan industri dari perspektif pengukuhan jaringan hubungan bersama media dan FINAS, platform komunikasi strategik ini turut memberi ruang kepada penerokaan cadangan dan potensi kerjasama di dalam membangunkan industri secara kolektif.

55576793_1921730257939068_7515403262816681984_o