Petaling Jaya, 4 September – Tayangan perdana filem ‘Suatu Ketika’ telah diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur hari ini. Filem terbitan Kash Pictures Sdn Bhd arahan Prakash Murugiah ini mengangkat tema perjuangan dan persahabatan melibatkan sekumpulan kanak-kanak kampung yang menghadapi pelbagai rintangan untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak dan bakal bersaing dengan juara bertahan di dalam satu liga yang sangat berprestij. Menampilkan Nam Ron dan Pekin Ibrahim yang digandingkan dengan barisan pelakon kanak-kanak berbakat besar, filem ‘Suatu Ketika’ bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 12 September 2019.

Hadir sama pada tayangan perdana ini ialah pengarah filem, Prakash Murugiah, penerbit filem, Ahli-Ahli Perbadanan FINAS, barisan pelakon dan tenaga produksi, karyawan industri dan rakan-rakan media.

1

3

7

10