Sekalung tahniah buat filem dokumentari tempatan, ‘M For Malaysia’ arahan bersama Ineza Roussille dan Dian Lee yang terpilih sebagai ‘Official Selection’ mewakili Malaysia di festival filem berprestij, Busan International Film Festival yang akan berlangsung dari 3-12 Oktober 2019 di Busan, Korea Selatan. Terpilih di bawah kategori Wide Angle, filem mengenai rakaman istimewa pasca PRU14 yang mengenai harapan, perpaduan dan masa depan ini terdahulunya tahun ini telah menembusi seleksi festival filem antarabangsa di Centre for Asian American Media Festival 2019 (CAAMFest37) di San Francisco sebagai ‘World Premiere’ dan DocEdge New Zealand. Dokumentari ini juga akan mula ditayangkan secara eksklusif di 34 pawagam terpilih di seluruh negara selama empat hari bermula 12 September 2019.

1

2