Sekalung tahniah dan syabas buat filem cereka animasi tempatan iaitu ‘Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd yang telah menjadi finalis (In Competition) bagi Filem Cereka Animasi Terbaik di 2019 Palm Springs International Animation Festival and Expo (PSIAF) 2019 yang akan berlangsung dari 14-15 Disember di Palm Springs Air Museum, California, Amerika Syarikat. Bersaing bersama sembilan filem cereka animasi terbaik dunia termasuklah pemenang anugerah seperti Funan dan I Lost My Body, festival filem berprestij ini bakal menampilkan 250 filem pendek dan filem cereka dari 103 buah negara termasuklah pemenang Anugerah Akademi dan Emmy. Terdahulunya, filem ‘Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal’ ini telah mengharumkan nama negara apabila merangkul anugerah Filem Cereka Terbaik di Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE) di Kanada.