Shah Alam, 25 November – Sekitar program Tayangan dan Apresiasi Filem ‘Adiwiraku’ di Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA), UiTM, Kampus Puncak Perdana dengan kerjasama Unit Latihan Industri, Bahagian Pembangunan Industri FINAS. Program pembangunan ilmu dan sinergi industri di antara FINAS dan UiTM ini meneroka teks, visual, falsafah, aspirasi dan pembikinan Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 29 ini bersama penulis, Jason Chong (Cerita Asal Terbaik FFM29) dan Sangeeta Krishnasamy (Pelakon Wanita Terbaik FFM29) yang dikemudi moderator, Muzaffar Mustapha, Editor Berita Digital di Astro Awani. Turut hadir Pn.Aminah Rhapor, Ketua Pusat Pengajian Program Pengurusan Industri Kreatif FITA, pengarah dan pensyarah, En. Ahmad Ibrahim, Ketua Pusat Pengajian Filem, Encik Faizul A Rashid, pelakon, Vanidah Imran dan Cik Habibah Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Latihan Industri FINAS.