Kuala Lumpur, 24 Julai – Melengkapkan sekuel ‘Pasanga’, ‘Vedigundu Pasangge’ (Rowdy Folks) merupakan filem ketiga arahan Dr. Vimala Perumal selepas kejayaan beliau dalam ‘‘Vilaiyaatu Pasange’ (2011) dan ‘Vetti Pasanga’ (2014).

Filem bergenre komedi yang ditunjangi gandingan aktor popular Denes Kumar dan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 29, Sangeeta Krishnasamy selain Thangamani Velayudan, David Anthony, Seelan Manoheran, Kuben Mahadevan, Vikadakavi Magen, Alvin Martin dan ramai lagi ini bergenre komedi dan drama yang disulami elemen konflik, percintaan, kekeluargaan, persahabatan selain sosio budaya masyarakat Tamil yang penuh warna warni.

Bakal ditayangkan di 53 buah pawagam tempatan bermula 26 Julai 2018, filem ini juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa melalui tayangan di Negara India, Singapura, Sri Lanka dan United Kingdom.

Turut hadir di tayangan gala ini adalah Dr. Rajamani Chellamuthu, Naib Presiden Kanan Content Management Group, YBhg. Dato’ Seri R. Jeyenderan, Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Networks Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Yusof Haslam, Ketua Pegawai Eksekutif Skop Production Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), penerbit dan pengarah dan barisan pelakon filem, para penggiat seni dan karyawan industri, rakan-rakan media serta jemputan lain.