Jumaat, 12 Januari 2018, 7.45malam – WAYANG BUDIMAN dengan kerjasama KELAB SENI FILEM MALAYSIA membawakan filem Indonesia yang cukup eksklusif, NJI RONGGENG (THE RONGGENG DANCER)(1969) arahan Alam Surawidjaya.

Antara filem terpenting sinema Indonesia yang diterbitkan DEWAN PRODUKSI FILM NASIONAL (projek filem subsidi pemerintah) pada 1969 bersama dua lagi filem: MATT DOWER (Nya Abbas Akup) dan APA YANG KAU CARI PALUPI? (Asrul Sani).

Merupakan filem kedaerahan yang menerokai posisi sosial penari wanita di Jawa Barat. Antara filem Indonesia terawal yang dihasilkan dalam warna. Merupakan filem pelopor kepada karya kontemporari SANG PENARI (Ifa Isfansyah, 2011) yang diadaptasi dari trilogi novel RONGGENG DUKUH PARUK karya Ahmad Tohari.

Percuma / Bertujuan Pendidikan / Semua dijemput hadir

***

PS. Memohon jasa baik para penonton tiba lebih awal ke tempat tayangan. Penonton Muslim boleh menunaikan solat Maghrib di surau Chulan Tower.