Putrajaya, 13 Ogos- YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama hampir 10,000 umat Islam telah berhimpun bagi majlis ‘Doa Untuk Malaysia’ sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Dataran Putrajaya malam tadi. Disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, program ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Yayasan Pendidikan Cheras dan Perbadanan Putrajaya, program itu diadakan sebagai pembukaan kepada semua acara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Dimulakan dengan dengan solat Isyak dan solat hajat di Masjid Putra yang diimamkan oleh Imam Besar, Datuk Abd Manaf Mat, ia disusuli dengan bacaan Doa Untuk Malaysia yang dipimpin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi memohon ke hadrat Illahi untuk kesejahteraan, keamanan, perpaduan dan kestabilan negara.