Filem tempatan pecah panggung 2018, ‘Dukun’ arahan Dain Said yang telah mencipta fenomena tersendiri di liga sinema Malaysia, Brunei dan Singapura bakal menarik perhatian khalayak antarabangsa apabila terpilih sebagai ‘Official Selection’ mewakili Malaysia di 17th New York Asian Film Festival (NYAFF) tahun ini. Terpilih bersama 58 buah filem yang mewakili seleksi sinema Asia termasuklah Jepun, Korea, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina dan Thailand oleh penganjur iaitu Subway Cinema dan Film Society of Lincoln Center (FSLC) dari 29 Jun-15 Julai 2018, NYAFF yang memasuki edisi ke 17 adalah festival filem berprestij di Amerika Syarikat yang mendukung kepada pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia dan menjadi platform tayangan dan apresiasi melalui pemilihan filem-filem kontemporari dan klasik dari negara-negara Asia.

Membuka gelanggangnya di peringkat antarabangsa di platform NYAFF sebagai ‘International Premiere’ pada 13 Julai 2018 nanti, ‘Dukun’ terbitan Astro Shaw dengan lakonan hebat Datin Seri Umie Aida sebagai Diana Dahlan, Faizal Hussien, Nam Ron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat ini telah mencatat kutipan melebihi RM10 juta.

#Dukun
#NYAFF18
dukun 1

dukun 2

dukun 3