Putrajaya, 13 Mei – Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah melancarkan program Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan di Padang Kejiranan Presint 9, Putrajaya hari ini. Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyemarakkan semangat mencintai negara dan tanahair di kalangan seluruh rakyat Malaysia melalui manifestasi program-program di segenap lapisan. Di dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan rakyat berperanan sebagai tunjang negara melalui semangat perpaduan dan keharmonian.
Program yang dihadiri kira-kira 5, 000 orang ini turut dihadiri YB Senator Mustapa Kamal Mohd Yusoff dan Tuan Haji Mohd Taib Haji Ubah, Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan.

Di samping itu, FINAS juga berpeluang menyertai pameran interaktif di booth FINAS dengan pengisian eksplorasi bakat generasi muda, promosi kandungan digital E-Heritage dan Mediatheque dan integrasi ilmu industri bersama komuniti 1Malaysia.

#ekspresinegaraku
#negaraku