Bersempena penganjuran 3rd Southeast Asian Short Film Festival 2019 (Seashorts) yang berlangsung dari 25-29 September 2019 di Melaka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Unit Latihan Industri membawakan secara eksklusif program ‘Masterclass’ Directing bersama pembikin filem terkemuka dan dihormati dari Indonesia, Garin Nugroho pada 26 September 2019 di Dewan Tun Fatimah, Tun Fatimah Riverside Hotel, Melaka. Disertai lebih 30 peserta merangkumi karyawan filem tempatan dan antarabangsa, Garin yang terkenal dengan filem seperti Cinta dalam Sepotong Roti, Bulan Tertusuk Illalang, Daun di atas Bantal dan Opera Jawa yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini telah berkongsi pengalaman, ilmu, falsafah dan teknik pengarahan kepada para peserta.