Kuala Lumpur, 26 Oktober – Sebanyak 12 buah filem antarabangsa dari negara Amerika Latin antaranya Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru, Uruguay, Venezuela dan Costa Rica akan ditayangkan secara percuma di GSC Pavilion Kuala Lumpur bermula 1 hingga 8 November nanti sempena sambutan Festival Filem Amerika Latin Ke-16. Majlis perasmian Festival Filem Amerika Latin ke-16 anjuran Kedutaan Gabungan Negara-Negara Amerika Latin dan Carribean (GRULAC) ini telah diadakan di Hotel JW Marriot dengan kerjasama strategik pihak Golden Screen Cinema dan disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta FINAS.

Penganjuran festival kali ini turut disertai Negara Afrika Selatan sebagai negara tetamu yang akan membawakan karya filem U-Carmen eKhayelitsha bakal ditayangkan secara umum nanti termasuklah filem animasi dari Negara Uruguay berjudul ‘Anina’, filem bergenre seram dari Negara Venezuela ‘The House at The End of Time’ dan banyak lagi. Hadir bersama dalam majlis tadi ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Y.B Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-negara Amerika Latin dan Carribean (GRULAC).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari di pautan berikut, https://www.facebook.com/LatinAmericanFilmFestivalInMalays…/

Latin American Film Festival in Malaysia