#LensaFINAS
Putrajaya, 28 Ogos 2023 – Sekitar Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) 2023 dan Pelancaran Tabung Komuniti Filem oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital di Dewan Serbaguna Aras B1, Kompleks KKD.
YB Menteri telah menyampaikan surat tawaran kepada 39 penerima Dana Kandungan Digital (DKD) bagi kategori Filem Cereka, First Time Amature Filmmaker (FAME), Persembahan Muzik dan Pemasaran Promosi Antarabangsa.
Dalam majlis yang sama YB Menteri turut melancarkan Tabung Komuniti Filem yang merupakan inisiatif FINAS dan disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dalam mewujudkan satu saluran pemberian sumbangan dalam bentuk pembiayaan kewangan.
Turut bersama adalah Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Komunikasi dan Digital, Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS, Puan Mastura Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik & Industri Kreatif), Ahli-Ahli Perbadanan FINAS, YBhg Datin Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, YBrs. Encik Ahmad Syazli Muhd Khiar, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal, Pegawai-pegawai kanan KKD, Pegawai-pegawai FINAS, penerima- penerima Dana Kandungan Digital (DKD) serta rakan-rakan media.
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#TekadPerpaduanPenuhiHarapan
dana