Majlis Berbuka Puasa drama bersiri BANTERAS, arahan Ghaz Abu Bakar bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan krew produksi Banteras di Auditorium, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Turut hadir YBhg. Dato’ Shamsun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, , YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS dan YBhg. Datuk Md Afendi Hamdan, Pengarah Urusan Fantasy Film Sdn Bhd.

Drama bersiri ‘Banteras’ arahan Ghaz Abu Bakar, idea asal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kolaborasi Fantasy Films Sdn Bhd diinspirasikan daripada kisah-kisah benar kes jenayah rasuah yang berlaku di Malaysia yang mengisahkan kehidupan seorang pegawai pencegahan rasuah dan ujian yang ditempuhinya sebagai seorang pegawai SPRM. ‘Banteras’ merupakan drama bersiri 13 episod dibintangi pelakon terkenal seperti Namron, Khir Rahman dan Sangeetha Krishnasamy.

banteras 1

banteras 2

banteras 3

banteras 4

banteras 5