Hulu Kelang, 13 Feb- Sekitar majlis Pelancaran & Sanggar Buku ‘Sumbangsih Primadona: Dato’ Rosnani Jamil, Dari Sungai Geringging ke Kota London’ oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim di Dataran Karyawan, FINAS Hulu Kelang hari ini. Majlis telah diserikan dengan sesi ulasan buku oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh, YBhg. Prof. Dr. Supyan Husin dan Encik Adam Salleh Ghani. Turut hadir, YBrs. Tuan Khairul Azhar (Nik) Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, para penggiat seni dan rakan-rakan media.