Hulu Kelang, 20 Disember – Majlis Perhimpunan FINAS Bil 4/2018 telah diadakan hari ini yang dihadiri oleh YBrs. En. Shakib Ahmad Shakir, Pemangku Ketua Pengarah FINAS di Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang. Di dalam ucapannya, beliau menyeru seluruh warga FINAS melaksanakan strategi dan halatuju baharu bagi pemerkasaan FINAS selain bersama-sama dalam membangunkan sahsiah merangkumi disiplin, amanah dan integriti sebagai penjawat awam di dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat dan industri.

Turut hadir ke majlis ini ialah YBrs. Tuan Haji Abd Khalid Maulod, Pengarah Pembangunan Industri, pihak pengurusan tertinggi serta para penjawat dan anggota FINAS.