Sekalung tahniah buat filem cereka sulung arahan pengarah muda wanita berbakat, Nadiah Hamzah iaitu ‘Motif’ yang terpilih mewakili Malaysia sebagai ‘Official Selection’ di festival filem beprestij antarabangsa, 7th Barcelona Asian Film Festival yang berlangsung dari 4-31 Oktober 2019 ini di Barcelona, Sepanyol. Menampilkan 100 buah filem daripada 25 buah negara yang mengangkat sinematik Asia, filem lakonan Sharifah Amani, Dato’ Rosyam Nor, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Sherie Merlis, Emma Tosh dan Azhan Rani yang menemui penonton di pawagam seluruh negara pada hari ini, 26 September 2019 terdahulunya tahun ini telah menembusi Bangkok ASEAN Film Festival, Thailand dan Udine Far East Film Festival, Itali sebagai tayangan ‘World Premiere’.